Ahad, 7 Julai 2013

Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya ?


Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya ?
Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Dengan jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu.
Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:
Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir.
Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.Maka tersingkaplah sandiwara yang mereka laungkan kononnya mereka memperjuangkan pembebasan al-Aqsa, padahal merekalah merupakan batu penghalang. Disaat hasrat umat Islam hampir tercapai untuk melihat pembebasan al-Aqsa, maka ketika itulah mereka menggerakkan rancangan untuk menggagalkan kekuatan umat Islam ini. Kenapa tidak dengan segala keupayaan perisikan, ketenteraan dan kewangan mereka sepatutnya menggerakkan untuk pembebasan al-Aqsa tetapi sebaliknya menumbangkan kerajaaan Islam yang bertekad untuk menjayakannya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.