Akibat Kenaikan Tarif Elektik Pelabur Bersiap Sedia Keluar Dari Malaysia..
Akibat Kenaikan Tarif Elektik Pelabur Bersiap Sedia Keluar Dari Malaysia.. Kesan Bahaya Kepada Rakyat Akan Hilang Pekerjaaan.. Sebahagian Pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain .. Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan. Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut. Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif. "Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi. "Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia. "Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily. Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah. "Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia. "Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya. Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik. Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini ~ Namun Ada Menteri Cakap Tiada Kesan Kenaikan Tarif Elektik Kepada Rakyat Jika Bil Bawah RM70.... Tidak terkesankan pengguna yang bil elektriknya di bawah RM70 jika para pelabur berpindah keluar dari Malaysia sedangkan ramai mereka yang bekerja dengan industri-industri yang dibangunkan oleh para pelabur itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.