Rabu, 4 Disember 2013

Gagal lapor salah laku Gani, Anwar sifatkan tindakan Shafee jenayah SERIUS.


Gagal lapor salah laku Gani, Anwar sifatkan tindakan Shafee jenayah SERIUS.

Kegagalan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan salah laku membabitkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kes Pulau Batu Putih disifatkan sebagai satu jenayah serius oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau mempersoalkan perbuatan Muhammad Shafee yang hanya mendiamkan diri biarpun mengetahui perkara tersebut menjejaskan kedaulatan negara.

Oleh itu, katanya, satu usaha akan dilakukan bagi membuka semula kes untuk menggugurkan Shafee sebagai pendakwa dalam kes rayuan Liwat II.

"Pihak kita bersama barisan peguam termasuk Karpal Singh akan menyegerakan tuntutan menggugurkan Shafee di Mahkamah Persekutuan.

"Mana kredibiliti beliau? Walhal Shafee banyak menyimpan rahsia tentang akaun Peguam Negara di Hong Kong dan jadi pendakwa dalam kes rayuan saya di Mahkamah Rayuan," katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini. - TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.