Rabu, 18 Disember 2013

Hanya kerana diperkosa, pelajar 14 tahun dibuang sekolah serta merta

Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemarkan imej institusi tersebut hanya kerana dia adalah mangsa rogol sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait berkata, pelajar itu dibuang semasa perhimpunan pada Isnin lalu. 
"Pihak sekolah telah memburukkan lagi keadaan kerana memalukan mangsa di hadapan ratusan pelajar lain. Mereka sepatutnya membantu mangsa yang masih lagi trauma dengan insiden tersebut," katanya.
Difahamkan, mangsa dirogol dan dikurung selama seminggu oleh kenalan dari Facebook miliknya yang juga dipercayai adalah ahli sindiket pemerdagangan manusia di negara itu. - sinarharian

1 ulasan:

  1. mcm2 hal. zaman skrg ni yg salah dipuji, yg benar dikeji. -blog -

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.