“Pada ketika harga gas melonjak tinggi sekitar tahun 2008 – 2010, harga saham Progress Energy tidak berubah menunjukkan nilaian C$11 satu saham itu adalah harga yang diterima pakai oleh pasaran dan industri,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat KEADILAN. Menurut Rafizi, alasan diberikan untuk menambah harga tawaran kononnya kerana ada satu lagi tawaran lebih tinggi dibuat sebuah syarikat. “Identiti syarikat ini adalah rahsia. Sehingga kini menjadi tanda tanya syarikat mana yang menyebabkan Petronas menaikkan tawaran sehingga membayar satu kali ganda lebih mahal berbanding nilai pasaran,” ujarnya.
Namun, beliau menganggap alasan itu meragukan apatah lagi syarikat-syarikat besar dunia seperti Shell telah menarik diri dari membida kerana harga yang ditawarkan oleh syarikat besar dunia ini dilaporkan terlalu rendah berbanding tawaran harga Petronas. “Perkara-perkara ini menunjukkan ada yang tidak telus dalam urusan pembelian tersebut. “Saya akan menulis kepada Tun Dr Mahathir dan Datuk Kadir Jasin satu laporan lengkap mengenai perkara-perkara ini agar mereka juga boleh membantu mendapatkan komen dari pengurusan Petronas dan Perdana Menteri,” katanya Rafizi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.