Sabtu, 22 Mac 2014

~PANTUN KHAS UNTUK SEORANG PEJUANG BANGSA MALAYSIA~~ DATO SERI ANWAR IBRAHIM

~PANTUN KHAS UNTUK SEORANG PEJUANG BANGSA MALAYSIA~~
DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Biarpun tsunami datang membadai,
Teruskan segala niat yang murni;
Jiwa pejuang takkan terhenti,
Selagi ada denyutan nadi.

Malulah pahlawan jiwanya mati,
Semangatnya lemah pabila dikeji;
Apapun dihina tetap berjiwa pertiwi,
Demi anak bangsa tak pernah terhenti.

Ambil kapak belah ke kundur,
Baik terbelah si ibu kaki;
Walau setapak kami tak undur,
Itu adat anak laki-laki.

Adakah perisai bertali rambut,
Rambut dipintal akan cemara;
Adakah bisai tahu takut,
Kamipun muda lagi perkasa.

Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati.

Apa guna padi bukit,
Padi di bendang menabur bunga;
Apa guna hati sakit,
Mati bertikam termasyhur lama.

Bukit Sanding Tanjung Pahlawan,
Batu Kunta Kuala Jempul;
Ayam ditanding tiada melawan,
Itulah dia tandanya bacul.

Jika terjumpa ular tedung,
Carilah buluh kayu pemukul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul.

Ulam tipus bersambal cuka,
Kuah dihirup begitu rakus;
Biar mampus merebut pusaka,
Jangan hidup digelar dayus.

Tebu bukanya bangkut,
Rama-rama terbang ke kuala;
Bukan kami kaki penakut,
Berani kami berkorban nyawa.

Pisau raut dua tiga,
Letak di peti dalam perahu;
Dalam laut boleh diduga,
Dalam hati siapa tahu.

Cahaya malam gilang gemilang,
Kerana disinar bulan purnama;
Gajah mati meninggalkan tulang,
Manusia mati meninggalkan nama.
 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1431660973745432&set=a.1387680871476776.1073741829.100007046293974&type=1&theater

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.