Sekarang ini heboh berkenaan Rozita Che Wan pakai skirt yang sangat singkat
sehinggakan menampakkan tempat yang tidak sepatutnya..
Mungkin Dr. Harlina atau Dr. Har ini bukan sahaja menegur Che Ta, tetapi
menegur semua artis yang suka memberi komen tanpa berfikir. Antara
komen Dr. Har adalah.
FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
FROM DR HAR WITH LOVE
TEGURAN IKHLAS BUAT YANG BERKENAAN
Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri meng-
ajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan
di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah
dengan teguran orang lain di sekeliling.
Apa yang lebih menyedihkan apabila alasan yg diberikan berlandaskan
hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu
Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan
keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang
yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi.
Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga
`tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut.
Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan
ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan :
`Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal
hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang
Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk
disembah, dipatuhi dan diagungkan.
Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka
pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan
yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kese-
jahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauhjauhnya.
Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!Janganlah pula terlupa,
tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita,yang boleh diperlakukan
sewenang wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya
yang tidak pernah terleka.
Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang
kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan
di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan
kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita.
Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa
ditimbang tara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan
yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat.
Tiga aspek ini : Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh
dipisahkan.
Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb &
peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah
pula dihormati.
Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan
pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai
hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum,hak apa sebenarnya
yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara ber-
kelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan
dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamak)
yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu.
Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif masyarakat
ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan.
Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati,
ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak
kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah
kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat
sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan,
sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)-sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.