Pesawat Penerbangan Malaysia MH370 dipercayai terbang di utara Indonesia
dan menyusuri pinggir ruang udara negara itu dalam perjalanannya ke
selatan Lautan Hindi, kata seorang pegawai kanan kerajaan Malaysia
seperti dilapor agensi berita CNN.
Kesimpulan itu dicapai oleh kumpulan penyiasat setelah mengkaji data
radar dari negara jiran itu. Laporan CNN turut menyebut bahawa kapal
terbang itu tidak terbang merentasi Indonesia atau ruang udara Indonesia
selepas membuat satu pusingan ke arah barat di Laut China Selatan dan
terbang di utara Semenanjung Malaysia, sumber itu berkata.
Tambahnya, pesawat itu mungkin sengaja terbang di sepanjang laluan yang telah dirancang untuk mengelak pengesanan radar.
Terdahulu, kapal peronda China, Haixun mengesan dua isyarat akustik
sepanjang 36 jam lalu, kata ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama
(JACC), Angus Houston.
"Kapal tersebut mengesan dua isyarat dan memberikan sedikit harapan," katanya .
Sementara itu, isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan
carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi yang dikesan
kapal peronda China semalam masih belum dapat disahkan setakat ini.
Houston berkata isyarat berkenaan ‘konsisten’ dengan kotak hitam dari
pesawat Penerbangan Malaysia yang hilang sejak 8 Mac lalu itu.
Katanya lagi, selain kapal Haixun, kapal perang Austarlia Ocean Shield
turut mengesan isyarat kira-kira 300 batu dari kapal China. ~tmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.