Perisikan FSB Russia - Perampas MH370 Dikenali Sebagai "Hitch". Siapa
"Hitch"? | SUSULAN dakwaan sumber yang rapat dengan agensi risikan
Russia FSB(HASIL RISIKAN RUSSIA - MH370 DIRAMPAS BUKAN TERHEMPAS -
LINK), sebuah akhbar negara berkenaan menurut satu laporan hari ini
mendakwa sumber yang sama juga mengetahui nama perampas itu.
“Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas telah dirampas,
kedua-dua juruterbang tidak bersalah dan pesawat dirampas oleh pesawat
yang dikenali, kami hanya mengetahui nama pengganas yang memberikan
arahan sebagai ‘Hitch’.“Pesawat itu kini berada tidak jauh di Kandahar
berdekatan dengan sempadan Pakistan,” dakwa akhbar berkenaan yang
dipetik laman web voiceofrussia.com.
Menurut laporan itu, sumber berkenaan mendakwa pesawat itu diletakkan di
sebuah jalan di pergunungan dan sayapnya rosak, kemungkinan akibat
pendaratan yang agak kasar.“Semua penumpang terselamat dan mereka
diletakkan di dalam sebuah pondok dengan hampir tiada makanan,” katanya.
Sumber yang tidak didedahkan namanya itu berkata beberapa orang ‘pakar’
yang berjumlah 20 orang dari Asia telah ditahan dengan seorang daripada
mereka warga Jepun.Ia kemungkinan merujuk kepada para pekerja syarikat
elektronik Freescale Semiconductor.
Biarpun begitu pendedahan akhbar itu tidak menular ke seluruh dunia
mahupun ke Amerika Syarikat.Akhbar itu melaporkan, pihak berkuasa
Malaysia membuat pengumuman bahawa pesawat itu telah pun mengakhiri
penerbangannya di Lautan Hindi.
Sebelum itu, akhbar The Independent pada 16 Mac pernah melaporkan
spekulasi berkaitan pesawat berkenaan telah terbang di kawasan yang
dikawal oleh militan Taliban.“Pesawat MH370 yang hilang telah
diterbangkan tanpa dikesan radar ke kawasan Taliban di sempadan
Afghanistan,” menurut laporan The Independent. ~mynewshub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.