DOHA – Qatar mendedahkan dua daripada 10 buah stadium baharu yang
akan dibina sebagai persiapan menganjurkan Kejohanan Piala Dunia pada
tahun 2022, lapor MailOnline kelmarin. Stadium Al Bayt di Bandar Al Khor yang terletak kira-kira 48
kilometer di utara Doha itu dijangka siap dibina pada 2018, jauh lebih
awal berbanding kejohanan itu yang akan berlangsung lapan tahun lagi di
negara tersebut.
Kerja-kerja asas stadium yang mampu memuatkan 60,000 penonton itu
telah bermula dengan reka bentuk seperti khemah tradisional berwarna
hitam dan putih yang digunakan oleh orang nomad di Qatar. Sementara itu, Stadium Al Wakrah yang boleh memuatkan 40,000 penonton
dibina khas untuk diubah suai selepas Piala Dunia 2022 dengan kerusi di
bahagian tingkat atas akan dikurangkan untuk dijadikan ruang perniagaan
dan restoran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.