Sabtu, 28 Jun 2014

Beribu-ribu Penumpang Kapal Mewah Belayar Tanpa Pakaian

Kemudahan mewah yang ditawarkan pakej pelancongan di pelayaran memang dijamin memanjakan hari - hari anda selama perjalanan. Tapi, itu sudah biasa. Namun, Bare Necessities Tour and Travel, memberikan sensasi berbeza saat bercuti di atas kapal pelayaran.

Bukan hanya kemudahan mewah dan destinasi pelancongan menawan yang ditawarkan oleh syarikat perjalanan pelancongan asal Amerika ini, tapi juga " kebebasan " menunjukkan diri. Artinya seluruh awak dan penumpang kapal tersebut bebas, bahkan wajib menanggalkan busana mereka.

Menurut laman web rasminya, syarikat yang sudah mengkhususkan diri dalam bercuti tanpa busana sejak 1990 ini, ingin menyingkirkan ego banyak orang terhadap persekitaran sosial. Dengan fesyen, orang - orang sering memandang sesuatu dari tahap sosial mereka. Tapi, dengan bugil atau tanpa busana, mereka akan menyingkirkan ego tersebut dan menjadi diri sendiri.



" Kami ingin menggalakkan para penumpang untuk membebaskan diri mereka, agar mereka boleh menerima tubuh mereka apa adanya, " ujar Presiden Bare Necessities Tour and Travel, Nancy Tiemann.

Tidak hanya itu, bercuti tanpa pakaian ini juga dituntut membuat penumpang di kapal tersebut lebih mudah mendapatkan rakan baru. Sesuai dengan slogan mereka, "Tidak ada orang asing di Bare Necessities, yang ada hanyalah teman-teman yang belum pernah anda temui".

Selain itu, Tiemann meyakinkan ketelanjangan tidak selamanya berorientasikan pada kegiatan seksual. Bahkan para penumpang dilarang melakukan hubungan seks kecuali di bilik atau kabin peribadi.

Meski menggunakan konsep bogel, kapal ini tetap mempunyai peraturan-peraturan khusus. Salah satunya adalah wajib berpakaian saat kapal berada di pelabuhan atau saat kapten kapal mengumumkan bahawa pakaian diperlukan.

Tidak hanya itu, semua penumpang juga harus berpakaian lengkap semasa makan di ruang makan dan saat menghadiri pesta cocktail dari kapten kapal.



Setiap tahun, syarikat ini memberikan perjalanan dengan kapal layar dan tujuan yang berbeza. Daerah tujuan pelayarannya contohnya Caribbean, kepulauan-kepulauan di Lautan Pasifik dan daerah-daerah eksotik lain. ~ Sumber

1 ulasan:

  1. Tiada bezanya denganh alam haiwan! Kiamat dah hampir.

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.