Hartanah di Johor Terus “Dirogol” Secara
Halal Oleh Pelabur Asing : Anak kecil main api Terbakar hatinya yang
sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang.
Nah inilah ini bait-bait lagu Warisan
“Anak kecil Main Api” yang mengingatkan nasib & suatu peringatan
rakyat Malaysia andai jika kedaulatan dan rezab tanah yang pernah
ditinggalkan oleh penjajah British kepada pemerintah. Datuk Syed
Al-Attas pernah melabel rakyat negeri Johor miskin sebenarnya (SEPERTI DI SINI) dibandingkan dengan rakyat negeri lain termasuk rakyat Kelantan.
Harga tanah yang begitu mahal di negara
sendiri, disamping kuasa beli yang besar telah menarik minat rakyat
Singapura untuk memiliki tanah di Johor secara tidak terkawal sehingga
menutup peluang rakyat Johor sendiri untuk memiliki tanah.
- Tanah KTMB di Singapura pun sudah dijual…
- Batu putih sudah pun diserahkan dengan mudah kepada Singapura (SEPERTI DI SINI PUNCANYA)
- Bekal air ke Singapura dengan harga yang hampir sekali tidak masuk akal (KLIK SINI)
- Puluhan ekar dan ratus ekar tanah di negeri Johor berjaya dimiliki oleh pelabur Asing (KLIK SINI)
Hartanah di Johor : Nasihat & Peringatan Tun Dr Mahathir?
Bagi Berita Semasa rakyat Johor
perlukan pemimpin & pemerintah yang lebih ‘jati diri” bagi mentadbir
negeri Johor. Mampu pertahan tanah daripada jatuh ke tangan orang luar
dan tidak goyang atas nama kuasa dan apabila dihidangkan dengan “lambakan duit” daripada kapitalis dari luar sana.
Kira-kira 2 tahun lalu, ketika bandar
Iskandar mula dibangunkan, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengingatkan
agar bandar baru yang gah ini tidak akan jadi milik orang Singapura.
Amaran Tun Dr Mahathir Mohamad hilang ditelan keghairahan ‘pembangunan’
dan publisiti menarik ‘pelaburan asing’.
Menjual dan ‘menganugerahkan’ tanah
kepada orang asing dan bukan peribumi – dengan apa bentuk dan cara pun –
samalah dengan menjual bangsa dan negara. Janganlah kita asyik membaca
laporan pencapaian ekonomi semata. Sekali sekala, elok juga dibaca
dengan semangat untuk terus mempertahankan tanah yang di negeri anda.
Sepatutnya, kekayaan bumi Johor seharusnya dinikmati oleh warga Johor
yang sentiasa taat setia kepada pemerintah. Kesetiaan, ketaatan dan
kemurnian hati warga Johor jangan sekali-kali dirobek apabila kita
melayan orang asing atas nama menggamit pelaburan.”
- Ya…benar, kita sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing ke bumi Johor – dari negara mana sekali pun
- Tetapi…..ada tetapinya, kita seharusnya bijak menilai pelaburan asing
- Penjualan hartanah kepada pelabur asing hanya menguntungkan pihak yang membuat & terlibat dengan transaksi tersebut
- Akhirnya apa jadi? Rakyat Johor sedikit demi sedikit terpaksa berhijarah ibarat dihalau ke luar dari kawasan bandar dan elit di negeri Johor sedangkan pelabur asing terus berkmapung dan memonopoli kawasan bandar di negeri Johor
- Akibatnya kita jadi penumpang dan pengemis di bumi warisan nenek moyang. Ini sudah terjadi di semua negeri, terutama di Lembah Klang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang!
Dalam kerancakan pihak pemerintah
membangunkan hartanah dan pelaburan lain di Johor ini, harapan Berita
Semasa yang kami pasti senada dengan rakyat negeri Johor agar kejujuran,
ketegasan serta keikhlasan pemerintah tidak akan merelakan mana-mana
pihak, menitiskan air mata.”
Hartanah di Johor Malaysia : Tuan @ Penumpang di Tanah Air Sendiri?
Contohnya,
Berita Semasa sendiri terkejut, tatkala calon heavyweight daripada
Pakatan Rakyat, Lim Kit Siang berjaya menumbangkan tokoh besar UMNO di
Bandar Diraja, Johor Bahru yang Berita Semasa jangkakan hampir sama
sekali Ghani Othman suatu figura politik yang sukar rebah kepada Lim Kit
Siang? Apa sebabnya? Pernah terfikir dan cuba untuk musabah diri
sendiri?
Berita Semasa yakin dan percaya jika apa yang dikehendaki rakyat Johor dituruti pemerintah, Pakatan Rakyat tidak mampu “cari makan” di sana.
Cukupkah sekadar melaungkan ‘Hidup Melayu, Hidup Melayu, 1Malaysia“,
rakyat Malaysia termasuk bangsa Melayu terus terbuai dengan laungan
seperti itu? Apa yang rakyat Johor mahukan adalah kata-kata yang
disertakan tindakan yang berpihak kepada mereka sebagai rakyat marhaen.
Apa yang rakyat Johor mahukan adalah :
- tanah mereka tereka terus terpelihara supaya tidak terus dirogol oleh pelabur asing
- lebih banyak rumah mampu milik
- itu belum disentuh lagi, bebanan kos sara hidup yang terus melonjak tinggi
Janganlah kita asyik membaca laporan
pencapaian ekonomi. Ratus juta sana, pelaburan berbilion sini. Sekali
sekala, elok juga dibaca lagi cerita jenaka Pak Pandir, Pak Kadok, Lebai
Malang dan Mat Jenin. Jangan ketawa. Jadikan cermin untuk melihat
bangsa kita.
Berita Semasa tidak mahu ‘rakyat Malaysia, khususnya di bumi Johor menitiskan air mata’,
menyanyi lagu: Tudung periuk pandai menari. Menari lagu putera mahkota.
Kain yang buruk berikan kami. Buat menyapu si air mata.BACA LAGI KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.