Pada bulan Oktober 2010, sebuah teleskop angkasa berkuasa tinggi milik
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA),
telah merakam sebuah objek yang tidak dikenali di antara India dan Sri
Lanka.
Crystal Skull
Tulisan Hiroglif Mesir Kuno
Apa yang menariknya, objek tersebut kelihatan mirip seperti sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara itu.
Lantaran penemuan yang menakjubkan itu, pihak NASA telah menamakan objek tersebut sebagai 'Adam Bridge'.
Dianggarkan berukuran sepanjang 30 kilometer, objek tersebut mempunyai
satu bentuk garisan melengkung yang hampir sama seperti sebuah jambatan.
Ekoran penemuan itu, ia mendapat perhatian daripada Jabatan Arkeologi
Sri Lanka. Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan jabatan tersebut,
mereka mengesahkan objek berkenaan adalah sebuah jambatan purba yang
dikenali sebagai Jambatan Rama.
Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan sebelum ini mendapati
kewujudan jambatan tersebut dibuktikan melalui penelitian terhadap
sebuah kitab kuno yang dikenali sebagai Mahabhrata dan Ramayana.
Mengikut rekod kajian mereka, usia jambatan tersebut mungkin mencecah
satu hingga dua juta tahun. Uniknya, jambatan berkenaan didakwa telah
dibina oleh manusia yang hidup ketika itu.
Namun, timbul persoalan sejauh manakah kebenaran dakwaan ini? Lebih
mengelirukan, bagaimana manusia ketika itu mampu membina sebuah jambatan
yang berukuran sepanjang 30 kilometer? Sesuatu yang sangat mustahil!
Jika dilihat pada situasi ini, kewujudan artifak tersebut sebenarnya
tidak sesuai dengan zamannya. Penemuan jambatan purba ini telah
mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dan teknologi
pembinaannya menyebabkan artifak ini dilihat datang daripada satu zaman
yang tidak sepadan dengan waktu ianya ditemui.
Bagaimanapun, penemuan artifak seperti ini banyak ditemui dan masih belum mampu dijelaskan sehingga ke hari ini.
Mengikut teori yang dikemukakan oleh seorang ahli Cryptozoologist
Amerika Syarikat, Ivan T. Sanderson, penemuan seumpama ini digelar
sebagai Out of Place Artifact (OOPART).
Menurutnya lagi, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui
puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan
dalam sesuatu penemuan.
Merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui
tidak sesuai pada zaman dan tempatnya. Ia dilihat bertentangan dengan
sejarah, masa dan teori kewujudan.
Selain 'Adam Bridge', terdapat dua lagi penemuan arkeologi yang terkenal yang dikategorikan sebagai OOPART.
Crystal Skull
Pertama, penemuan Tengkorak Kristal atau 'Crystal Skull' yang merupakan artifak peninggalan bangsa Maya di Yakatan, Mexico.
Seperti yang sudah diketahui ramai, bangsa Maya merupakan salah satu
bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan Bumi
yang bakal berlaku pada tahun 2012 yang lalu. Ramalan ini berlandaskan
kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini.
Namun, selepas penemuan Tengkorak Kristal, ramai ahli arkeologi
merasakan terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak
ketahui.
Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini,
ramai pengkaji mengandaikan adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini
mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna kerana tengkorak ini
dihasilkan daripada batu permata Amesthyst.
Soalnya, sejauh manakah bangsa Maya ketika itu mampu membentuk batu
keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia sedangkan
manusia di zaman teknologi sekarang pun amat sukar untuk mengukir batu
permata ini?
Tulisan Hiroglif Mesir Kuno
Selain artifak purba Maya, satu lagi penemuan yang dianggap sebagai
OOPART adalah tulisan Hiroglif yang menggambarkan peradaban kuno Mesir
Sebelum Masihi.
Yang peliknya, di dalam tulisan ini terkandung pelbagai jenis kenderaan
udara pada zaman ini seperti helikopter, kapal terbang dan lain-lain
figura yang mungkin wujud pada masa hadapan.
Namun, kemunculan tulisan ini kekal menjadi tanda tanya kerana pesawat
pertama yang dicipta di muka bumi hanya berlaku pada abad ke 16 yang
dicipta oleh dua orang adik-beradik, Orville dan Wilbur Wright.
Bagaimanapun, istilah OOPART yang dikemukakan oleh Sanderson disangkal
oleh sesetengah ahli sejarah yang skeptikal. Mereka berpendapat
teknologi untuk menghasilkan artifak itu telah pun wujud sezaman dengan
perkembangan sesuatu tamadun.
Jadi, dakwaan yang mengatakan teknologi pembuatan artifak yang mendahului zaman sebenarnya tidak wujud.
Golongan ini berpendapat, perkara ini adalah tipu helah semata-mata dan
ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman. -sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.