Ahad, 15 Jun 2014

"Najib Dan Yang Lain Bakal Menggelupur.


"Najib Dan Yang Lain Bakal Menggelupur.
Berita Ini Tobat Lahom Tidak Akan Masuk Media UMNO Utusan Dan TV3 "
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan lapan lagi tidak boleh melarikan diri dari bayangan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, apabila balu dan keluarga mendiang P. Balasubramaniam mengemukakan saman sivil kerana terpaksa hidup dalam buangan di India yang menurut mereka memakan belanja RM840,000.
Bala, penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya, meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa selepas menandatangani akuan bersumpah (SD) pada 2008 untuk menafikan penglibatan Najib dalam kes tersebut.
The Malaysian Insider sudah melihat saman difailkan minggu ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh balu Balasubramaniam, A. Santamil Selvi dan anak-anaknya terhadap sembilan orang.
Mereka termasuk Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adiknya Datuk Ahmad Johari Abdul Razak dan Datuk Mohd Nazim Abdul Razak, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham, pesuruhjaya sumpah, Zainal Abidin Muhayat, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan dan peguam M. Arunapalam.
Peguam mewakili keluarga sedang dalam proses menyerahkan surat mahkamah kepada defendan, termasuk Cecil yang sedang berdepan prosiding tatatertib oleh Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana peranannya dalam SD kedua Bala.
Selvi dan anaknya sedang menuntut gantirugi terhadap kerugian ditanggung semasa hidup dalam buangan di antara Julai 2008 dan awal tahun lepas. Bala meninggal dunia pada 15 Mac lalu selepas serangan jantung, beberapa minggu selepas pulang dari India.
Menurut saman itu, pihak keluarga berkata para defendan menyebabkan SD kedua Bala "didraf tanpa arahan si mati dan menyebabkan si mati menandatanganinya dengan ancaman dan paksaan”.
Keluarga menuntut sejumlah RM840,000 untuk 56 bulan hidup dalam buangan dari Malaysia. Jumlah itu termasuk menyewa pangsapuri di India, yuran sekolah, kehilangan pendapatan balu Bala sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan dan kerugian am dan khas lain. Saman itu difailkan oleh peguam Bala, Americk Singh Sidhu.
Bala menjadi terkenal selepas bekerja untuk penganalisis politik terkemuka, Abdul Razak Baginda dalam kes pembunuhan Altantuya. Beliau menarik kembali SD pertamanya mengenai perkara itu pada 4 Julai 2008.
Dalam SD keduanya, Bala mendedahkan beliau mahu “menarik kembali keseluruhan kandangan akuan bersumpah bertarikh 1 Julai, 2008.
"Saya dipaksa mengeluarkan akuan bersumpah tersebut dalam keadaan terpaksa,” katanya. SD kedua itu juga menyatakan semua kenyataan dibuat sebelumnya tidak tepat dan tidak benar.
Semasa sidang media mengumumkan SD kedua itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Bala mendiamkan diri manakala peguam barunya, Arulampalam, yang menjawab soalan wartawan. Berita Penuh
Tikaqbuluh.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.