Khamis, 5 Jun 2014

Pulak Dah..!!: 'Boleh guling k'jaan dengan demo...' - Tun M


Pulak Dah..!!: 'Boleh guling k'jaan dengan demo jika...' - Tun M
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin yang menindas boleh digulingkan melalui demonstrasi besar sekiranya ia tidak boleh dilakukan melalui undian.
Katanya, pemimpin yang tidak boleh dikritik akan "sedia melakukan perkara salah", dan proses demokrasi juga boleh disalahguna walau proses tersebut memberi ruang bagi rakyat menolak pemimpin melalui pilihan raya.
“Hanya dengan mengundi saja anda boleh menggulingkan seorang pemimpin, namun apabila demokrasi disalahguna dan mereka tidak begitu mengamalkan demokrasi, kita tiada cara lain untuk menggulingkan seorang pemimpin melalui pilihan raya.
"Kemudian, jika pemimpin itu sangat menindas, beliau harus digulingan dengan cara lain. Dan cara lain itu tentulah termasuk demonstrasi besar dan mungkin malangnya melalui pertempuran," kata Mahathir.
Kenyataannya itu sangat berbeza dengan pendiriannya sebelum ini berhubung demonstrasi jalanan, yang menurutnya boleh mencetus rantaian rampasan kuasa dan ketidakstabilan.
Beliau berkata demikian ketika berucap kepada kira-kira 1,500 orang siswa dan penjawat awam di Universiti Islam Antarabangsa hari ini.
Mahathir bagaimanapun dalam satu sidang media selepas itu menjelaskan, kenyataannya itu tidak bermaksud sebagai kritikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini menghadapi barisan pembangkang yang lebih berpengaruh selepas pilihan raya umum ke-13.
Najib, yang juga presiden Umno, dalam kapasiti peribadinya turut memfailkan saman ke atas Malaysiakini atas komen kritikal ke atasnya dari pembaca laman ini.
“Tidak, Najib juga dengar kritikan... Tapi jika pengikutnya sendiri tidak memberi memberitahunya bila ada perkara silap, mereka juga melakukan kesalahan.
“Pada masa saya, saya menghargai pembangkang. Anda perlukan pembangkang sebagai cermin diri, supaya boleh melihat wajah sendiri, sama ada buruk atau tidak," kata Mahathir.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.