Penampilan
sulung Siti Nur Afiqah Abdul Razak pada temasya Sukan Malaysia (Sukma)
ke-17 nyata membawa tuah buat dirinya apabila dia bukan sahaja meraih
pingat emas buat skuad olahraga Terengganu tetapi turut memperbaharui
rekod kejohanan dalam acara 400 meter di trek balapan, Stadium Tuanku
Syed Putra, kelmarin.
Siti
Nur Afiqah berjaya mencipta catatan terpantas 54:47 saat sekaligus
memadamkan rekod yang dilakukan atlet Perak, Fauziah Abdul Razak
(54:89s) di Sukma Negeri Sembilan 2004.
Pelajar
Tingkatan Empat SMK Tengku Intan Zaharah itu meninggalkan pencabar
terdekatnya dengan perbezaan masa 03:01s di depan atlet Sabah, Fatin
Mohd Yusof (57:58) dengan meriah pingat perak manakala Zaimah Atifah
Zainuddin (58.09s) dari Wilayah Persekutuan untuk pingat gangsa.
Menurutnya,
walaupun dia tidak tersenarai sebagai sasaran penyumbang emas, Siti Nur
Afiqah etap berazam untuk menghadiahkan kilauan emas buat kontinjen
Terengganu dan akhirnya kerja kerasnya berjaya membuahkan hasil.
“Alhamdulilah
saya berjaya menyumbangkan emas pertama buat kontinjen Terengganu dan
saya akan berusaha dengan lebih baik lagi dalam dua lagi acara selepas
ini.
“Insyallah
saya akan berusaha untuk mengekalkan kejuaraan Terengganu dalam acara
‘relay’ 4×100 esok (semalam). dan 4x 400 pada hari terakhir acara
olahraga ini nanti,” katanya.
Sementara
itu, Raja Pecut Sukma 2012, Harith Ammar Mohd Sobri, 20 menepati
ramalan apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara 100 meter dengan
mencatatkan masa terpantas 10:61s sekaligus menyumbangkan emas kedua
buat Terenggganu.
Pingat
perak acara itu menjadi milik atlet Perak, G Aravinthevar (10:82s)
manakala pingat perak dimenangi Muhamad Amirul Mukmin Mohd Yusmiza
(10:89s) dari Pahang.
Harith
Ammar menyifatkan kejayaan meriah pingat emas itu sebagai hadiah
paling bermakna buat dirinya dalam penyertaan Sukma terakhirnya tahun
ini.
“Malah
ini merupakan catatan masa terbaik saya berbanding 10:84s pada Sukma
Pahang dua tahun lalu. Insyallah saya akan cuba menghadiahkan pingat
emas kedua buat Terengganu dalam acara 200 meter esok (semalam),”
katanya.
Selain
dua pingat emas, Terengganu turut meraih satu pingat perak menerusi
Mohd Fairol Nazim Mohd Nor dalam acara 400 meter lelaki pada hari kedua
sukan olahraga dipertandingkan.
Sementara
itu, kehebatan kuartet 4 x 100 meter Terengganu ternyata sukar
ditandingi apabila mempamerkan ‘belang’ sebenar dengan meraih pingat
emas bagi kategori lelaki dan wanita dalam aksi akhir di trek balapan,
Stadium Tuanku Syed Putra dekat sini, semalam.
Lebih
manis kuartet wanita yang dibarisi Azreen Nabila Alias, Siti Nur Afiqah
Abdul Razak, Nur Farhana Musa dan Nur Shahira Muliadi yang mencatatkan
masa terpantas 46:45 saat bukan sahaja berjaya mempertahankan gelaran
juara acara itu di Sukma Pahang 2012 malah turut memperbaharui rekod
kejohanan yang dilakukan kuartet Sabah (47:84) enam tahun lalu di
Terengganu.
Pingat perak
menjadi milik kuartet Pulau Pinang dengan mencatatkan masa 47:46s dan
gangsa buat kuartet Perak (47:63s) yang turut melepasi rekod kejohanan
dalam acara 4×100 meter itu.
Manakala
kuarter lelaki Terengganu yang diketuai Muhd Ajmal Aiman Mat Hassan,
Muhammad Ikhwan Safwan Zainuddin, Arif Syahiran Zulkifli dan Harith
Ammar Mohd Sobri akhirnya menebus kekecewaan dua tahun lalu dengan
meraih pingat emas selepas mencatatkan masa 41:20s.
Tempat kedua kategori itu dimenangi pelumba Sabah dengan catatan masa 41:24s dan ketiga Melaka (41:37s).
Pelumba
senior kuartet wanita, Nur Farahana Musa mengakui bangga kerana berjaya
mengekalkan pingat emas yang pernah dimenanginya dua tahun lalu di
Pahang walaupun digandingan dengan tiga muka baru dalam acara itu.
Menurutnya,
dia amat berpuas hati dengan kejayaan itu apatah lagi ia adalah
kejohanan terakhir dan mengganggap Sukma paling bermakna buat dirinya.
“Saya
rasa amat bangga sangat kerana kami bukan sahaja dapat kekalkan pingat
emas tetapi turut cipta rekod baru. Syabas buat rakan-rakan dan harap
mereka dapat teruskan kemenangan ini pada Sukma akan datang.
“Sememangnya ini impian saya (cipta rekod) sebelum saya mengundurkan diri daripada Sukma,” katanya.
Sementara
itu, pelajar tingkatan enam Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu, Arif
Syahiran menganggap kejayaan membantu Terengganu meraih pingat dalam
acara itu adalah pencapaian terbaiknya sejak menceburi sukan olahraga
lima tahun lalu.
Katanya,
apa yang lebih membanggakan dia dapat bergandingan dalam acara itu
dengan pelumba idolanya, Harith Ammar yang juga rakan sepasukannya.
“Sebenarnya
saya sangat teruja untuk menyertai Sukma kali ini kerana ia adalah
penyertaan sulung saya dan Alahamdulilah dapat pingat emas pula.
“Sudah
pastinya saya akan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk
terus berjaya dalam sukan olahraga pada masa akan datang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.