Selebriti, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot selar kerajaan gagal beri bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU. Gambar fail.Selebriti terkenal, Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot menyelar kerajaan kerana gagal memberi bantuan secukupnya kepada ibu bapa yang terpaksa mengurung anak Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 15 tahun yang ditemui baru-baru ini.
Melalui laman Instagramnya, Wardina berkata penemuan remaja lelaki OKU yang dikurung dan diabaikan ibu bapanya berpunca daripada kegagalan mendapatkan bantuan kerajaan ekoran kelemahan polisi dalam memberi peruntukan kepada golongan tersebut. "Ini berlaku salah satunya berpunca daripada ibu bapa remaja OKU itu tidak diberikan bantuan," katanya dipetik daripada laman Instagram. Wardina yang merupakan salah seorang Ahli Majlis Perpaduan Nasional (MPKN) turut membandingkan peruntukan dan keistimewaan diberikan negara “kafir” kepada ibu bapa yang mempunyai anak OKU berbanding Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam. "Ya, itu negara kafir. Anak istimewa dan OKU kita pula? Di mana nilai kita? Terpaksa ibu bapa memikul beban tanpa pertolongan dan sistem sokongan yang padu dari mereka yang sepatutnya. Saya cuma berkongsi realiti, terimalah. “Saya mahu bandingkan bagaimana kita masyarakat orang Islam melayan anak istimewa ini dengan negara yang kononnya kafir,” katanya. Wardina memberi contoh negara Australia di mana ibu bapa yang mempunyai anak OKU diberikan pelbagai peruntukan seperti elaun bulanan selain dapat menjalani sesi terapi dengan percuma.
Selebriti itu berkata, dengan segala kemudahan yang diberikan Australia kepada golongan demikian membuktikan betapa kerajaan negara itu memahami kesukaran dan kesulitan ibu bapa membesarkan anak OKU. “Malah kawan saya mempunyai anak OKU, kedua-dua suami dan isteri tidak perlu bekerja kerana disuruh kerajaan untuk fokus menjaga anaknya yang OKU. “Anak OKU dihantar terapi secara percuma. Dihantar ke sekolah OKU berkualiti dengan percuma dan ibu bapa diberi cuti percuma setiap tahun," katanya. Jumaat lalu, rakyat di negara ini dikejutkan dengan insiden penemuan remaja OKU terabai di Flat Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan. Remaja OKU itu dipercayai diabaikan ibunya tanpa memberi makan berdasarkan keadaannya ketika ditemui.
Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui oleh Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi bersepadu 6P di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan. Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban. Ibu Firdaus yang ditahan reman oleh pihak berkuasa mendakwa kesempitan hidup dan tidak mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai punca tidak dapat menjaga anaknya.
themalaysianinsider.

6 ulasan:
kalau isu perlembagaan dan politik semua pihak keluar bersuara.....tiba bab kemanusian begini senyap sunyi semuanya.
Mana pertubuhan amal,yayasan kebajikan,pemimpin masyarakat setempat,pengerusi JKKK,Imam dan yg sedehnya Jabatan Kebajikan Masyarakat sepatutnya mempunyai bank data dn maklumat yang cukup mengenai OKU,Orang Susah dan segalanya......bila timbul kes seumpama ini senang2 jawab. ibubapa yang bersalah kerana tidak melapor kp jabatan......
Kemanakah perginya wang ZAKAT...BAITULMAL...Janganlah disimpan sampai berkarat..
Menteri yang menjaga bab OKU ini sibuk belai lembu2 kat kondonya; bila ada masa nak ambil tahu perihal OKU. Yang dia tahu OKU tu ialah Oh, aKu dan adiK aku dapat projek Untung.
wardina itu bukan alasan untuk ibu itu menagabaikan anaknya. takkanlah tak boleh tukarkan baju anak hingga baju tu lusuh sendiri. bayangkan berapa lama dia tak tukarkan baju anaknya. anaknya itu badannya berisi hingga nampak tulang selangka. najis dalam bilik tak dibuang dan diberi makan dalam polisterin dalam keadaan bilik yang penuh sampah dan taik. kemudian dia kata tak tau cara nak konteks jabatan kebajikan masyyarakat. sia-sialah kerajaan bagi pendidikan percuma hinga lola menjadi bodoh hingga tak tau konteks JKM. tanyalah orang yang tau. macammana JKM nak tau dia tu ada anak OKU kalau tak lapor.Wardina kalau dah pembangkang tu agak-agaklah. nak bagi koment sesuaikan dengan konteks. ini kebodohan individu siibu sama seperti awak, pun salahkan kerajaan. wardina sila komen balik komen saya ni kalau komen saya ni salah saya minta maaf.
bagi aku ni bukan soal kerajaan salah x bantu.. ni salah ibu budak OKU tu x cari bantuan.. maybe yg buat laporan ke imigresen "malaikat" yg nk membantu tu...wallahua'lam..xpyh la nk blame kerajaan,blame ibu budak tu dahulu..pala otak x betul ibu budak tu..wardina ni pulak otak senget,aku x setuju 100% ngn wardina,myb ade btulnya cara kerajaan tu x betul..ibu bapa kena lapor,patutnya start dr lahir dh ada rekod..automatik bantu...
bagi aku ibu budak OKU ni yang x betul dan "gila"..aku x setuju kalau nk salahkan kerajaan.. kenyataan wardina tu aku x sokong 100% tp kerajaan sepatutnya tolong dr awal lagi..bg automatik bantuan,kan dah tahu bila lahir hospital akan declare budak ni OKU ke ape..bukan ibu bapa nk kena apply ke jabatan kebajikan bila ada anak OKU..bengong juga kerajaan.. Tapi yg paling bengong LOLA gila tu..
Catat Ulasan