Khamis, 31 Julai 2014

Bisa al Qassam semakin membunuh,berpindah dari fasa bertahan kepada fasa menyerang.."

Bisa al Qassam semakin membunuh
Regim penjajah Zionis mengakui bahawa mereka berhadapan dengan saat sukar kerana Hamas telah pun meningkatkan strateginya dengan perpindahan daripada fasa bertahan kepada fasa menyerang.
Sebuah web Israel yang bernama "Yediot Ahronot" menyatakan bahawa Brifed al Qassam kini semakin berupaya mengesani pihak tentera IDF dengan mengubah strategi daripada bertahan kepada dengan melakukan serangan, terutamanya melalui terowong untuk menyerang lokasi di mana anggota tentera IDF berada."
Perubahan strategi ini juga menyebabkan pihak penjajah Zionis menghadapi fasa sukar dalam membuat keputusan samada akan meneruskan operasi darat memasuki Semenanjung Gaza atau keluar menguundurkan diri.
Benjamin Netanyahu juga mengakui betapa mereka telah kehilangan ramai anggota tentera IDF dan para pegawai elitnya dalam peperangan ini yang betul-betul menguji kehebatan ketenteraan Zionis Israel yang dikatakan mempunyai tentera yang terkuat di Timur Tengah dan juga ke-5 di dunia.
Ya, saat penentuan semakin tiba.
Sumber : GazaN dan lain-lain

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.