KUALA LUMPUR: Seorang pejuang Hamas yang
ditahan Israel mendedahkan dia menerima latihan di Malaysia untuk
melancarkan serangan rentas sempadan menggunakan payung terjun berkuasa,
menurut satu laporan Jerusalem Post.
Shin Bet (Agensi Sekuriti Israel) berkata suspek tersebut merupakan seorang komander sebuah unit Hamas yang berjaya ditahan di Khan Younis.
Pejuang itu memberitahu para penyiasat bahawa latihan yang diterimanya adalah sebahagian daripada persiapan Hamas untuk menentang Israel di Semenanjung Gaza.
Pejuang itu dikatakan menyertai Hamas pada tahun 2007 dan menjadi ahli sayap ketenteraannya yang bernama Izzadin Kassam.
Dia dilaporkan ke Malaysia pada 2012, di mana dia dan sembilan anggota Hamas lain menjalani latihan menerbangkan payung terjun berkuasa.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu menyertai unit rizab Hamas pada tahun yang sama dan telah ditugaskan untuk operasi-operasi khas.
Pada tahun 2013, pejuang Hamas itu menyertai unit elit dan menerima senapang Kalashnikov untuk dibawa bersamanya pada setiap masa.
Dia kemudian dilatih menggunakan senapang M-16, bom tangan roket dan bom lain.
Pejuang-pejuang tersebut juga telah diajar bagaimana untuk menculik askar dan cara peperangan dalam terowong.
Shin Bet berkata pejuang Hamas itu dijadualkan untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Untuk menonton banyak lagi program Astro terkini, layari Astro on the Go http://onthego.astro.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.