Jumaat, 1 Ogos 2014

Analisis Serangan Hendap yang terbaru yang berjaya dilakukan skuad Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas sebuah kem tentera penjajah

Analisis Serangan Hendap yang terbaru yang berjaya dilakukan skuad Briged Izzuddin Al-Qassam ke atas sebuah kem tentera penjajah di Nahal Oz Timur Hayyu Syujaiyyah oleh penganalisis ketenteraan Israel;
1. Skuad Komando Al-Qassam memakai pakaian tentera Israel dan ini mengelirukan tentera penjajah tanpa rasa syak terhadap kelibat Al-Qassam.
2. Skuad komando Al-Qassam tidak meletupkan menara walaupun mereka membawa senjata RPG, kerana ia akan menarik perhatian menara lain untuk melaporkan kepada pusat lain.
3. Skuad komando Al-Qassam tidak memusnahkan dan merosakkan apa-apa barang dan lokasi supaya tidak merosakkan wayar silkon yang akan menghantar signal kepada kem tentera yang lain.
4. Jarak masa menyerang yang hanya sekitar 2 minit adalah jarak masa yang tepat dalam operasi (attack and run) baki masa digunakan untuk menyelamatkan diri berundur ke dalam terowong.
5. Skuad komando Al-Qassam tidak menggunakan tembakan secara banyak dan rambang, supaya tidak mengejutkan tentera yang berada di atas menara.
6. Penggunaan kamera dalam operasi adalah sesuatu yang berani seolah mengetahui bahawa misi mereka akan berjaya.
7. Menutup muka dan bunyi suara adalah satu teknik supaya tidak dapat dikesan oleh tentera penjajah selepas ini.
8. Hampir 6 orang anggota digunakan, 3 di luar dan 3 di dalam dan operasi berjalan dengan penuh cermat dan berjaya.
Senjata yang dirampas adalah sejenis senjata yang digunakan oleh pasukan elit tentera Israel. Kelebihannya adalah ringan dan kecil serta mengeluarkan peluru dalam masa yang singkat dan banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.