Di tengah – tengah kesengsaraan dan kemusnahan ini seorang anak muda Gaza muncul dengan ciptaan yang mampu menyelesaikan masalah mendapatkan bekalan elektrik. Ibrahim Saad (18) mencipta alat yang mampu menghasilkan gas memasak dan elektrik dari sumber air. Alat ini dicipta dan dibina sendiri oleh Ibrahim di bengkel rumah beliau. Ianya mampu menghasilkan bekalan hidrogen dari air yang kemudiannya digunakan sebagai gas memasak dan bahan bakar untuk menggerakkan generator elektrik. Ibrahim mendapat idea untuk mencipta alat ini kerana tidak tahan dengan sekatan terhadap penggunaan bahan api yang dikenakan regim Zionis sejak 2006. Bahan api yang diimport ke Gaza dihadkan jumlahnya dan dijual pada harga yang terlalu mahal. Dengan terciptanya alat mensintesis hidrogen ini Ibrahim dapat mengurangkan pergantungan kepada bahan api konvensional keluarga beliau.
Pepatah Inggeris ada berkata keperluan ialah ibu kepada penciptaan. Di dalam kes Ibrahim Saad keperluan untuk mendapatkan bekalan bahan api dengan lebih mudah memaksa beliau menghasilkan ciptaan buatan sendiri ini. Tahniah terhadap remaja ini. Kami berharap beliau terselamat dari sebarang kecelakaan sepanjang perang Gaza ketiga ini. Adalah merugikan sekiranya remaja bijak seperti beliau terkorban kerana kami yakin dengan kepandaian beliau banyak lagi ciptaan yang mampu membatu komuniti tertindas Gaza dapat dihasilkan. Insya Allah.
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.