Sabtu, 22 November 2014

'Beri rakyat pendidikan lemah untuk kekal popular'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal dengan polisi pendidikan negara yang bersifat populis membentuk jurang perkauman yang luas dan kekayaan antara pelajar sekolah.

"Ia seolah-olah ibu bapa yang miskin mesti menerima pendidikan yang lemah untuk anak-anak mereka, supaya ahli politik boleh jadi popular," kata beliau dalam blognya hari ini.

Walau semua cucunya kini belajar di sekolah antarabangsa dan melanjutkan pelajaran ke luar negara, Dr Mahathir berkata anak-anaknya pula pergi ke sekolah kebangsaan.

"Mereka (cucunya) bercakap dalam bahasa kebangsaan tetapi jenis persekolahan mereka meluaskan jurang antara bangsa, begitu juga antara yang miskin dan kaya," katanya.

Dr Mahathir mengaitkan sewaktu negara mahu menukar semua sekolah ke sekolah kebangsaan dengan bahasa Malaysia sebagai bahasa perantaraan, anak-anak daripada budaya yang berbeza mengenali dan rapat antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, selepas bantahan daripada komuniti Cina, mendorong kerajaan membuat "keputusan bersifat politik" dengan membenarkan sekolah vernakular diwujudkan.MK

1 ulasan:

  1. Sahamnya dikongsi bersama Madey sbb telah mrnerajui negara selama 22 tahun.

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.