Jumaat, 8 Mei 2015

Al-fatihah,,,,Isteri duta Malaysia maut nahas helikopter

GILGATE – PAKISTAN. Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud, antara enam yang terbunuh apabila helikopter yang dinaiki terhempas di atas sebuah sekolah di utara Pakistan, hari ini.

Menurut laporan The Guardian, turut sama berada di dalam helikopter berkenaan adalah isteri Duta Indonesia, Duta Norway Leid H.Larsen, Duta Filipina D. Lucenario Jr dan dua juruterbang helikopter.

Jurucakap tentera Pakistan, Asim Bajwa berkata, empat penumpang yang meninggal dunia, termasuk Duta Filipina, Domingo D Lucenario dan Duta Norway, Leif H Larsen.

“Isteri duta Malaysia dan Indonesia terbunuh, manakala isteri Duta Poland dan Duta Belanda adalah antara yang cedera,” kata Bajwa

Habibah, yang merupakan isteri kepada Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar.

Laporan itu dipetik, isteri-isteri duta berkenaan sedang mengikuti konvoi yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit, Pakistan di wilayah bergolak Kashmir dengan menaiki tiga helikopter secara berasingan.SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.