Isnin, 31 Ogos 2015

Gempar!!!! Himpunan Sejuta Baju Merah Sokong Najib Oktober Ini

SABAK BERNAM: Himpunan satu juta menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan diadakan pada Oktober ini untuk mengatasi jumlah peserta perhimpunan Bersih 4.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata himpunan sejuta orang menyokong Najib itu akan diadakan pada 10 Oktober ini dengan memakai t-shirt merah.
Jamal berkata, beliau sangat yakin dapat mengatasi jumlah peserta yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.
“Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta ‘Baju Merah’ akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib”, katanya selepas perasmian mesyuarat UMNO bahagiannya.
Jamal baru-baru ini menubuhkan kumpulan Anti Bersih bagi berhadapan dengan peserta Bersih tetapi dibatalkan di saat-saat akkhir selepas dinasihat polis.

- FMT

3 ulasan:

  1. Kehkehkehkeh......aku setuju sgt2.....Kita tengok kehadiran peserta....peserta bersih datang dgn duit sendiri....tanpa sumbangan duit dari mana2 penganjur..mereka datang dgn risiko keselamatan diancam...tanpa kemudahan logistik siap bermalam lg...hehehehe rasa2 baju merah ada sambutan ke???kut kut bnyk merah dgn bunga raya yg ditanam DBKL disepanjang Jalan Perliment.......shabas bersih 4......

    BalasPadam
  2. Jamal wak tongkol. Cukuplahhhh jgn malukan org melayu lagi. Yg lepas 30k org nak demo baju merah tercetak 10k. 3 org share 1 baju. Sampai masa 10k baju pun x der kelibat tak nampak kata polis x bagi. Bersih tu pun polis x bagi tapi turun jugak. Mmg lu poyo. Poyo lu sepesen nak naik dgn menjatuhkan org lain. Tak kemana jamal. Sebab lu masih wak tongkol tauke sekinchan. Skrg nak pecahkan lagi parti dgn nilai 1juta baju. Parti ni tak ternilai harganya n setakat baju 1juta

    BalasPadam
  3. Nak seru rakyat semata2 kerana itu alasannya...?
    Mmg bengong..

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.