Home » » Kerajaan Turunkan Harga Tuala Wanita - Ahmad Maslan

Kerajaan Turunkan Harga Tuala Wanita - Ahmad Maslan

Written By canang on Khamis, 27 Ogos 2015 | 8/27/2015 12:01:00 PG

PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita.

Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: “Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.”

Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya.
Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat.

Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid.

Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita
Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya “berkadar sifar”?

Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST.
Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dari dicukai.

Bukan saja ianya tidak dikecualikan dari cukai, kitaran haid bulanan wanita juga telah menjadi bahan jenaka di Parlimen.

Pada 19 Mac, Tiong King Sing (BN-Bintulu) telah menjadi bahan gelak tawa di Parlimen apabila beliau dilaporkan menyampaikan wanita di kawasan parlimen beliau yang resah apabila perlu membayar lebih untuk tuala wanita apabila GST dilaksanakan.

“Kotex (tuala awanita) akan menjadi lebih mahal…wanita telah merungut bahawa mereka perlu membayar GST setiap bulan! Dan banyak lagi barang lain seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan pembersih tandas.

“Mereka berkata mereka keliru dan bertanya sama ada barang ini akan dikenakan GST,” Tiong dipetik sebagai berkata, menghadirkan gelak ketawa dalam dewan.
Share this article :

2 ulasan:

Unknown berkata...

TAHUKAH ANDA - BAGAIMANA JENAMA"KOTEX" MENDAPAT NAMANYA ? Syarikat perdagangan ini melihat potensi permintaan tuala pelekat wanita dan bagaimana untuk bersaing dengan berbagai jenama lain yang ada dipasaran. Didalam mesyuarat brain storming , perkataan kote (kemaluan lelaki) ditulis dipapan hitam dan ditambah huruf "x" yang bermaksud kote tak boleh masuk bilamana perempuan datang haid. Kote no entry.Dari sinilah kempen pengiklanan dilakukan secara agressif dan memberi tapak pasarannya.

Unknown berkata...

TANGKAL @ OBAT APE PATUT DIBERIKAN SUPAYA DIA NI CERDIK?

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger