MANUSIA laknat! Itulah yang istilah paling sesuai untuk menggelarkan
personaliti blogger kontroversi tempatan yang kemudian bersembunyi
melarikan diri di luar negara, Alvin Tan.
Ia susulan isu nahas kren tumbang di kota suci Makkah lewat petang
Jumaat yang mengorbankan seramai 107 jemaah haji dari seluruh dunia
telah diperkotak-katikkan oleh Alvin melalui laman sosial Facebooknya.
Manusia bertopengkan syaitan itu nyata sudah keterlaluan kerana dia juga
menghina dan mempersoalkan kewujudan Allah SWT kerana tidak
menyelamatkan umatnya yang mahu mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.
Status Alvin Tan yang menghina kejadian kren tumbang di Mekah semalam.
“107 umat Islam telah maut kerana kren pembinaan runtuh dan menimpa umat2 Islam yang sedang menunaikan haji di Mekkah.
“Kenapa Allah SWT yg Maha Besar dan Maha Berkuasa dan Maha Penyayang x mencegah kejadian tersebut? Curi tulang ke sadis ke x wujud sebenarnya?” #FikirFikirkanlah #AllahBacul
Amat biadab bukan? Nampak gayanya hati dan perasaannya sudah hitam legam
bak arang hitam kerana tiada langsung rasa hormat serta sensitif dengan
isu agama di dunia ini.
Ternyata tindakan kurang ajar Alvin yang sememangnya suka mempermainkan
isu sensitif dengan melibatkan kesucian agama Islam ini sudah
keterlaluan serta sudah berlebihan.
Awal bulan ini, blogger lucah tersebut mempersendakan ajaran Islam
dengan mencacah tatu kalimah Allah di bahagian paha kononnya tuhan
sentiasa berada di kawasan kakinya itu.
Status terbaharu yang dimuat naiknya pagi Sabtu itu jelas dikecam oleh
pengguna siber di laman sosial. Tak pasal-pasal budak ni dapat juga kena
tarbiah dengan ramai netizen.
Semoga Alvin terima balasan setimpal dengan tindakan serta perbuatannya
yang bebas suka menghina agama Islam selama ini kononnya atas sebab
kebebasan bersuara.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.