Isnin, 21 September 2015

Kenapa Kamu Merungut Kalau Harga Rumah Mahal, Jangan Beli Rumah Kalau Harga Rumah Mahal - Tengku Adnan

Putrajaya hari ini berkata, mereka yang merungut berkenaan kenaikan harga hartanah tidak perlu membelinya jika berasakan pemaju menaikkan harga hartanah sesuka hati, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, harga rumah ditentukan oleh pasaran dan orang ramai harus berhenti merungut.

"Kamu semua merungut. Semua harga naik sedih dan nak hidup yang senang … kadang-kala kita perlu bayar untuk menikmati semua ini," katanya kepada pemberita pada sidang media hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan persatuan pemaju ekoran kenaikan harga bahan api sebanyak 20 sen seliter yang dijangka memberi kesan kepada harga rumah sehingga 10 peratus.
Jelasnya lagi, mereka yang merungut boleh membeli daripada agensi kerajaan seperti Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), atau Suruhanjaya Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada Jumaat berkata harga rumah berdasarkan permintaan pembeli dan bukannya bergantung kepada kenaikan harga bahan api.

Tegasnya lagi, kenaikan petrol RON95 dan dan juga diesel tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menaikkan harga hartanah berkenaan.

Persatuan Pemaju Hartanah Malaysia (Rehda) Datuk Seri Yam Kong Choy dilaporkan berkata pada Khamis kemungkinan harga rumah akan meningkat 10 peratus ekoran kenaikan harga minyak.

Kenaikan itu jelasnya selain “dikreditkan” berikutan kenaikan harga minyak turut termasuk faktor kehilangan pekerja asing di tapak pembinaan disebabkan program 6P yang dilaksanakan kerajaan.sumber

1 ulasan:

  1. gampang punya menteri jawab pada rakyat susah macam ni.aku sbagai rakyat tak kan maafkan jawapan menteri celaka ni...jumpa aku dan minta maaf sebelum ko diambil nyawa nan.

    BalasPadam

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.