Jemaah juri persekutuan di Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti dakwaan
rasuah melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa
individu yang dekat dengannya, lapor New York Times (NYT).
Menurut akhbar itu, inkuiri menumpukan kepada harta tanah di AS yang
dibeli dalam tahun-tahun terakhir oleh sebuah syarikat tidak aktif
didakwa milik anak tirinya serta beberapa harta tanah dikaitkan dengan
rakan rakan keluarganya.
Inkuiri itu dilapor dibuat oleh sebuah unit dalam Jabatan Keadilan AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa.
NYT juga melaporkan para penyiasat juga meneliti bayaran AS$681 yang
dibuat daripada bank berpangkalan di AS, yang dipercayai dimasukkan ke
akaun peribadi Najib di Malaysia.
NYT sebelum itu melaporkan, lebih daripada AS$150 juta harta tanah
kediaman mewah dikaitkan dengan anak tiri Najib, Riza Aziz dan seorang
ahli perniagaan Jho Low.
Dua kediaman mewah dalam siasatan itu didakwa dimiliki oleh syarikat
tidak aktif yang mempunyai kaitan dengan keluarga Low sebelum
dipindahkan ke syarikat tidak aktif yang dikaitkan dengan Riza.
Satu daripada dua harta tanah itu juga dipindahkan tanpa diisytiharkan, dakwa NYT.
Jurucakap Low mempertahankan keputusan pemindahan itu, dengan berkata
jualan harta tanah kepada Riza dibuat dengan harga pasaran yang
setimpal.
Jabatan Perdana Menteri tidak mengulas berhubung inkuiri baru itu.
Sementara jurucakap Jabatan Keadilan AS enggan mengulasnya ketika
dihubungi NYT.
Wakil Riza dan Low menjawab perniagaan mereka mengikut peraturan.
Siasatan itu dikatakan baru bermula dan akan memakan masa bertahun-tahun
untuk menentukan sama ada undang-undang AS telah dilanggar.
najib ada rakan baru
BalasPadamhadi dan harun din
tak lama FBI dtg siasat mereka
e eeee tak tau
moral of the story:
jgn kawan dgn penyamun