Isnin, 19 Oktober 2015

Dewan Rakyat Kecoh Menteri Kewangan Tak Jawab Soalan

KUALA LUMPUR, 19 Okt: Sidang Dewan Rakyat Penggal Ketiga yang bermula hari ini menjadi sedikit tegang apabila Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan yang ditanya oleh Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook (DAP).

Keadaan mula menjadi tegang apbila Loke Siew Fook tidak berpuas hati kerana soalan yang ditujukan kepada Najib mengenai GST tidak dijawab sendiri oleh Perdana Menteri itu.

Saya tak faham. Soalan saya ditujukan kepada menteri kewangan dan beliau ada di sini.

Mengapa timbalannya pula yang menjawab. Menterinya ada di sini,” kata Loke memetik laporan mStar Online.

Speaker Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun, cuba menenangkan keadaan dengan berkata mengikut peraturan timbalan menteri atau setiausaha Dewan Rakyat boleh menjawab soalan yang dikemukakan kepada menteri.

Jangan perkara yang sudah difahami dilencongkan lagi. Menteri yang berkenaan tak semestinya menjawab, ini difahami sejak dulu lagi.

Kenapa tanya isu yang sepatutnya sudah selesai. Siapa pun yang menjawabnya, jelas ia jawapan daripada kerajaan,” katanya.

Pandikar Amin kemudiannya berkata perkara ini tidak harus dipolitikkan dan menganggap tindakan Loke Siew Fook itu lebih kepada agenda peribadi.

Bukan setiap perbahasan kita boleh politikkan, jangan bersikap begitu. Bagi saya itu adalah satu agenda peribadi dan politik.

Yang lain tolong senyap, Seremban sila duduk,” katanya apabila Loke Siew Fook enggan duduk.

Loke Siew Fook mengemukakan soalan yang bertanya jumlah kutipan GST yang diterima oleh kerajaan mengikut sektor dari 1 April 2015 sehingga 30 September 2015 dan bagaimana cukai itu dimanfaatkan.

Soalan tersebut dijawab oleh Datuk Chua Tee Yong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.