Pada Ogos lalu, penyanyi Soo Wincci telah bersuara lantang dalam satu
video yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak
jawatan dengan niat mahu menjadi wakil buat rakyat yang menentang
pentadbiran perdana menteri.
Melalui sumber daripada forum CARI, pihak penaja Konsert Solo Pertamanya
telah mengumumkan tarik diri dan menyebabkan konsertnya yang sedang
giat dalam persiapan menghadapi masalah kewangan yang kritikal.
Memetik kembali kata-kata penyanyi ini, dia sendiri menyatakan bahawa
sudah bersiap menerima segala risiko di atas apa yang dilakukannya itu.
”Sebelum memuat turun video berkenaan, saya sudah bersiap sedia dengan
segala risiko yang bakal diterima. Andai kata nama saya disekat di
mana-mana saluran media, saya akur dengan perkara itu. Andai kata
perjalan kerjaya saya menjadi sukar di negara sendiri, tidak mengapa.
Saya akan terus berusaha dalam cara saya yang tersendiri”
”Apa yang dibuat bukan untuk kesenangan saya, tetapi demi generasi kita
pada masa akan datang,” jelasnya kepada mStar Online sebelum ini.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.