Inilah buat pertama kalinya dalam sejarah, manusia dapat melihat permukaan planet Pluto dan Charon secara jelas dan terang.
Charon misalnya mempunyai permukaan yang terbelah dan di garisan Khatulistiwanya menunjukkan ngarai yang dalam dan panjang iaitu lebih panjang daripada ngarai paling popular di Bumi iaitu Grand Canyon yang terletak di Amerika Syarikat.
Imej-imej dengan resolusi tinggi itu diproses dan dihantar oleh kapal angkasa tanpa manusia, New Horizons yang terbang melintasi Planet Pluto dan bulannya Charon Julai lalu.
Saiz Charon, adalah separuh daripada saiz Pluto.
Ia juga adalah bulan paling besar dalam Sistem Suria.
Yang paling mengejutkan saintis ialah permukaan Charon yang mempunyai gunung-ganang dan juga ngarai yang dalam.
Ngarai yang terdapat di bulan ini adalah sepanjang lebih 1,600km - empat kali lebih panjang dari ngarai Grand Canyon.
Gambar-gambar yang dirakamkan New Horizons ketika kapal angkasa itu melintasi Charon dan Pluto pada 14 Julai lalu menunjukkan wajah dan permukaan kedua-duanya yang menunjukkan bahawa masa silam gerakan geologikal yang besar pernah berlaku di sini.
"Amat jelas sekali ia menunjukkan pada masa lalu, kerak pada permukaan Charon pernah merobek dan terbuka luas kerana pergerakan yang kuat," kata pakar astrologi, John Spencer, dari Southwest Research Institute di Boulder, Colorado, Amerika Syarikat.
Para saintis juga mendapati, tiadanya kesan kawah yang terbentuk akibat hentaman komet atau astreod pada kawasan-kawasan tertentu di permukaan Charon dan juga Pluto mengesahkan yang terdapatnya permukaan baru ekoran aktiviti geologi.
Kapal angkasa New Horizons ketika ini sedang berada 5 bilion kilometer dari Bumi dengan maklumat terbaru menunjukkan segala sistem pada pesawat tersebut berjalan lancar.
Pluto adalah planet paling kecil dan terjauh dalam Sistem Solar kita. Selepas Pluto, tidak ditemui sebarang objek yang boleh diklasifikasikan sebagai planet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.