ABDUL Hadi bersama Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP]
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan parti itu kini menjalin kerjasama secara rasmi dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan wakil Perkasa diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali di Ibu Pejabat PAS, di Jalan Raja Laut, di sini.
Dalam sidang media yang diadakan selepas pertemuan itu, Abdul Hadi berkata, kerjasama yang dijalin adalah bertumpu kepada isu semasa membabitkan kepentingan agama, rakyat dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.