Sabtu, 2 Januari 2016

Laporan: Anwar cuba dikaitkan dengan terrorisme

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa Nawaf Obaid, pengarah urusan Saudi National Security Assessment Project, cuba mengaitkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan aktiviti terrorisme.
Laporan itu mendakwa Nawaf diminta melakukan perkara itu oleh saudaranya Tarek Obaid, ketua pegawai eksekutif PetroSaudi – yang dekat dengan hartawan Jho Low, kenalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Laporan itu mendakwa, pada 2010, Nawaf menggagalkan pertemuan setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) ketika Hillary Clinton dengan Anwar ketika melawat Malaysia.
Perkara itu didakwa dilakukan dengan menulis kepada timbalan penasihat keselamatan
hal ehwal antarabangsa dalam Majlis Keselamatan Negara AS Michael Froman.
Ia didakwa memaklumkan, “penilaian sulit” mendapati Anwar dikaitkan dengan beberapa individu yang disiasat berkaitan pembiayaan kepada pengganas dalam kes serangan 11 September 2011.
Nawaf juga dikatakan mendakwa bukti menunjukkan Anwar mempunyai kaitan dengan jaringan Ikhwanul Muslimin – antara gerakan Islam paling berpengaruh di dunia.
E-mel sama dikatakan dimajukan oleh Nawaf kepada Tarek, yang pangkalan datanya dibocorkan oleh Sarawak Report.
Kemudian, menurut Sarawak Report, Nawaf menghantar e-mel lain kepada Tarek bagi memaklumkan kejayaan itu.MALAYSIAKINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.