Khamis, 25 Ogos 2016

Gempa bumi kuat landa Myanmar


KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter melanda Myanmar pada 6.34 petang tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya malam ini berkata, pusat gempa itu terletak di 217 kilometer (km) barat laut Monywa, Myanmar dan 1,687 km barat laut Padang Besar, Perlis.
Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.