Khamis, 21 Disember 2017

PEGUAM NEGARA U.S : Hampir separuh hasil kutipan rasuah US adalah daripada 1MDB!

PEGUAM NEGARA U.S : Hampir separuh hasil kutipan rasuah US adalah daripada 1MDB!
Pada 4 Disember, 2017 pada pembukaan "Global Forum on Asset Recovery" Peguam Negara Amerika Syarikat memetik bahawa skandal 1MDB adalah "Kleptokrasi yang palik teruk!" dan Department of Justice AS "sedang berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa skim ini"
Hampir separuh daripada kutipan hasil rasuah bernilai AS$ 3.5 bilion yang telah dirampas oleh kerajaan Amerika Syarikat datang dari saman sivil berkaitan 1MDB, dedah Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions.
Antara perbelanjaan mewah yang didapati dibelanjakan oleh Wakil Kerajaan dan rakan-rakannya yang menggunakan duit rakyat :
(Seperti dilaporkan oleh Peguam Negara US)
USD$ 200m (RM820 juta) Hartanah di California Selatan dan New York.
USD$ 130m (RM533 juta) Seni lukisan.
USD$ 100m (RM410 juta) Syarikat Musik Amerika.
USD$ 265m (RM1.08 bilion) kapal layar mewah.
Keseluruhannya, Wakil rasmi 1MDB didakwa telah membuat pengubahan dana wang haram sebanyak USD$ 4.5 bilion (RM18.45 bilion).
πŸ‡¨πŸ‡­ Switzerland : Sedang membuat penyiasatan.
πŸ‡ΊπŸ‡Έ US : Pihak berkuasa Amerika Syarikat telah merampas beberapa aset dan sedang memfailkan tuduhan jenayah.
πŸ‡ΈπŸ‡¬ Singapore : 4 Pegawai bank telah disabitkan kesalah, dikenakan penjara 54 bulan dan mengharamkan salah seorg Pegawai Bank Goldman Sach.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia : ? πŸ€”
Pada 15 jun 2017, Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata "Tiada bukti salah guna wang 1MDB"
https://www.bharian.com.my/node/293530

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.