Selasa, 5 Jun 2018

Pemaju tanah Felda Jalan Semarak saman Shahrir RM100j



Synergy Promenade Sdn Bhd - syarikat yang terlibat dalam skandal penukaran tanah Felda di Jalan Semarak dan projek Kuala Lumpur Vertical City - hari ini memfailkan saman RM100 juta kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad.
Syarikat itu mendakwa Shahrir telah membuat kenyataan yang mengelirukan (misleading) terhadap mereka antara November 2017 hingga Mac 2018.
saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Synergy Promenade diwakili peguam Mohamed Reza Rahim.
Selain ganti rugi RM100 juta, Synergy Promenade itu juga memohon injunksi terhadap Shahrir agar tidak mengulangi kenyataan yang dibuatnya.
Syarikat itu tidak menyatakan kenyataan fitnah yang dimaksudkan mereka, tetapi Reza berkata ia bukan saja dilaporkan di media arus perdana, tetapi juga di media atas talian, media sosial dan lain-lainTransaksi meragukan
Sebelum ini, syarikat itu didakwa memiliki tanah Felda di Jalan Semarak bernilai RM270 juta melalui traksaksi meragukan pada tahun 2015 dan 2016.
Akhbar Berita Harian sebelum ini melaporkan pemindahakn itu berlaku ketika Felda Investment Corporation melantik syarikat itu sebagai pemaju utama.
Pada 5 Januari lalu, bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dipanggil memberi keterangan berkaitan perkara itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman.
Siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu penipuan dan pemalsuan dokumen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.