Home » » Sindiket Memproses Dadah Terbesar di Pulau Pinang Tumpas

Sindiket Memproses Dadah Terbesar di Pulau Pinang Tumpas

Written By canang on Rabu, 28 Oktober 2009 | 10/28/2009 09:00:00 PTG

PULAU PINANG: Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket dadah apabila menemui sebuah makmal memproses dadah terbesar di Pulau Pinang serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai jutaan ringgit dalam serbuan
awal pagi ini.
Menurut sumber sepasukan anggota polis bahagian Siasatan Jenayah Narkotik
Pulau Pinang dan Bukit Aman menyerbu sebuah banglo di Tanjung Bungah kira-kira jam 1 pagi."Dalam serbuan itu, polis menahan empat lelaki warga asing berusia antara 20 dan 40 tahun dan menemui sebuah makmal memproses dadah di rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, pelbagai jenis dadah dan sejumlah wang tunai dirampas dalam

serbuan itu.
"Selain banglo itu, pasukan polis yang menjalankan risikan sejak beberapa
minggu lepas turut menyerbu sebuah rumah di Ayer Itam di sini kira-kira jam 11 malam tadi.
"Dalam serbuan itu polis menahan sepasang kekasih berusia awal 30-an serta
merampas pistol, bom tangan dan dadah," katanya.
Menurut sumber itu, polis kini mengesan saki baki anggota sindiket berkenaan berdasarkan maklumat yang diperoleh dan percaya sindiket terbabit telah beroperasi di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka yang ditahan kini direman selama tujuh hari bagi membantu
siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan
perkara itu, bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut.
"Satu sidang akhbar berhubung kejayaan rampasan dadah terbesar di Pulau
Pinang itu akan diadakan esok (Khamis)," katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger