Home »
» Bekas KSU ditahan disyaki terima rasuah RM50,000
Bekas KSU ditahan disyaki terima rasuah RM50,000
Written By canang on Rabu, 28 Oktober 2009 | 10/28/2009 09:35:00 PTG
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Seorang bekas Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian, ditahan hari ini, selepas disyaki menerima rasuah RM50,000 bagi meluluskan geran bernilai RM3 juta untuk sebuah syarikat menyediakan makanan di Pulau Pinang.
Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, suspek yang bergelar Datuk dan berusia 56 tahun itu ditahan di ibu pejabat suruhanjaya tersebut ketika diambil keterangan pada pukul 10.45 pagi ini.
Difahamkan, geran tersebut diluluskan semasa suspek masih bekerja di kementerian terbabit beberapa tahun lalu.
Siasatan kes tersebut yang diketuai oleh Pengarah SPRM Pulau Pinang, Latifah Md. Yatim telah dimulakan awal tahun ini.
Tambah kenyataan itu lagi, suspek dijangka berhadapan dengan sekurang-kurangnya lapan pertuduhan di bawah Akta SPRM 2008 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Shah Alam, esok
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan