Home » » Hilang ‘mahkota’ dalam tandas

Hilang ‘mahkota’ dalam tandas

Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 08:00:00 PTG

MELAKA: Memualkan apabila seorang gadis berusia 14 tahun yang ponteng sekolah tergadai ‘mahkotanya’ selepas dipercayai melakukan perbuatan terlarang dengan seorang pelajar lelaki yang juga kenalannya di dalam tandas awam di pusat bandar ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa lalu, pelajar tingkatan dua sebuah sekolah menengah di pinggir bandar ini baru mengenali pelajar lelaki tingkatan tiga berusia 15 tahun terbabit pada awal bulan lalu dan bertemu di sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir, dekat sini.

Bagaimanapun, rahsia mereka terbongkar selepas pihak sekolah remaja perempuan terbabit menghubungi ibunya bertanyakan mengapa anaknya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

Tembelang gadis terbabit terbongkar selepas ditanya ibunya sebelum membuat laporan polis polis sehingga remaja lelaki terbabit ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata remaja lelaki terbabit kini ditahan reman tujuh hari mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Katanya, siasatan lanjut mendapati pasangan berkenaan berkenalan pada awal bulan lalu apabila mereka bertemu secara kebetulan di bandar ini ketika sama-sama ponteng sekolah
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger