Home » » Kenyataan Azhar Berbaur Perkauman, Pakatan Rakyat Lapor Polis.

Kenyataan Azhar Berbaur Perkauman, Pakatan Rakyat Lapor Polis.

Written By canang on Jumaat, 7 Mei 2010 | 5/07/2010 09:30:00 PTG

GEORGETOWN 7 MEI: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang negeri berkenaan, Datuk Azhar Ibrahim kerana didakwa menghasut secara perkauman.

Koordinator Program Sekretariat, Syed Mikael Rizal Aidid berkata laporan polis dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga itu.

"Walaupun Azhar dibawa ke jawatankuasa khas dan hak istimewa negeri, kita tetap mahu siasatan polis dibuat," katanya selepas membuat laporan di balai Lebuh Pantai di sini, hari ini.

Syed Mikael berkata, tindakan ke atas Azhar perlu berikutan ia melibatkan perkara serius yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Turut menyertai rombongan membuat laporan itu ialah Ahli Jawatankusa Eksekutif Pemuda PAS dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP, Teh Yee Cheu
dan Koid Teng Guan.

Azhar didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam, ketika Ketua Menteri, Lim Guan Eng membuat ucapan penggulungan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger