Home » » Maya Karin & Suami Didenda RM1,000 kerana bernikah tanpa kebenaran.

Maya Karin & Suami Didenda RM1,000 kerana bernikah tanpa kebenaran.

Written By canang on Rabu, 7 Julai 2010 | 7/07/2010 10:15:00 PTG

KUALA LUMPUR: Pelakon Maya Karin, 31, dan suaminya Muhammad Ali atau Steven David Shorthose, 40, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, Rabu kerana bernikah tanpa kebenaran.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin bagaimanapun mengesahkan pernikahan mereka yang berlangsung di Itali dua tahun lalu adalah sah dari segi hukum syarak selepas menerima permohonan pasangan tersebut pada 24 Jun lalu secara tertutup di kamar hakim.

Maya enggan mengulas mengenai perkara itu sebaliknya akan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara baik.
Steven hadir berasingan dengan Maya.

Difahamkan kes pasangan tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Maya dan Muhammad Ali diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, mereka dikatakan menghadapi krisis rumah tangga.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger