Selepas ketekanan keterlaluan dibebankan terhadap Suara Keadilan, Harakah sebagai lidah rasmi Pas yang juga sekutu Parti Keadilan Rakyat melalui gagasan Pakatan Rakyat, turut menerima nasib yang hampir sama.
Pimpinan Pakatan Rakyat menganggap ia sebagai bukti jelas betapa kerajaan Umno Barisan Nasional tidak demokratik lantaran tidak mengambil peduli suara rakyat yang diangkat melalui media alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini memutuskan untuk tidak memperbaharui permit penerbitan Suara Keadilan selagi penjelasan editorial akhbar berkenaan berhubung isu felda, tidak selari dengan selera mereka.
Pengurusan Harakah juga dipanggil ke KDN kerana melanggar prosedur remeh.
“Saya rasa ini dilihat sebagai satu usaha oleh pihak yang berkuasa untuk menekan kebebasan bersuara dan ini tidak akan membantu pun usaha yang mahu mempercayai orang ramai bahawa dalam pentadbiran Najib, kerajaan akan lebih terbuka dan kerajaan akan demokratik dan akan lebih terbuka untuk mendengan pendapat orang awam,” katanya.
Di sebalik kawalan ketat terhadap Suara Keadilan mahupun Harakah, media arus perdana pula memiliki ruang besar untuk mencoret apa sahaja, asalkan mencaci pimpinan Pakatan Rakyat biarpun menyentuh isu sensitif.
“Sememangnya sepatutnya begitu kalau mereka adil tetapi kita tahu apa agenda mereka dan sikap pilih kasih yang mereka lakukan, macam-macam yang dibangkitkan oleh Utusan Malaysia juga tetapi seolah-olah mereka ada kekebalan dalam laporan.
“Kalau kita rasakan Utusan Malaysia yang juga menimbulkan ketegangan di antara kaum dan sebagainya, lagi banyak laporan yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan menimbulkan rasa kurang puas hati orang Melayu terhadap orang bukan Melayu,” katanya.
Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan tindakan ke atas media alternatif mengekang suara rakyat berbilang kaum, sekali gus berlawanan dengan semangat satu Malaysia.
“Bukan atas permintaan rakyat sebenarnya, mereka bimbangkan kepentingan mereka, sebab bagi saya kalau kepentingan rakyat yang dipertimbangkan seperti yang dialungkan dalam 1 Malaysia, perkara ini tidak boleh dibuat sebab rakyat perlukan pandangan kerana salah satu kayu ukur demokrasi ialah apabila rakyat itu punya ruang untuk bersuara.
“ Jadi kalau 1 Malaysia itu untuk rakyat, mana mungkin dinafikan demokrasi itu untuk rakyat. Sebab itu bagi saya yang mereka takuti ialah kepentingan mereka kerana kita tahu kalau ada kebebasan media, rakyat akan untung,” katanya.
Home »
» Umno BN Tidak Demokratik, Kini Peringatkan Harakah Pula
Umno BN Tidak Demokratik, Kini Peringatkan Harakah Pula
Written By canang on Rabu, 7 Julai 2010 | 7/07/2010 09:07:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan