Home » » Tangkapan Meningkat kepada 11 Orang Edar risalah Bebaskan Anwar 901, Tiga ahli AMK ditahan di Kelantan

Tangkapan Meningkat kepada 11 Orang Edar risalah Bebaskan Anwar 901, Tiga ahli AMK ditahan di Kelantan

Written By canang on Sabtu, 31 Disember 2011 | 12/31/2011 11:30:00 PG

KELANTAN: Jumlah tangkapan terhadap kempen Bebaskan Anwar 901 hari ini meningkat kepada 11 orang, kebanyakan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), kata Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani.

Beliau berkata, tangkapan itu termasuk Ketua AMK Kelantan kini yang kini ditahan di balai polis Kuala Krai bersama tiga ahli lain manakala tujuh lagi dilokap di balai Tanah Merah.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Amran yang kini berada di balai polis Tanah Merah, berkata penahanan itu dibuat kerana mereka mengedar risalah bertema ‘Bebaskan Anwar 901′.


“Polis memaklumkan, risalah bertemakan ‘Bebaskan Anwar 901′ tidak boleh diedar kerana ia bertentangan dengan Akta Mesin Cetak.

Beberapa minit lalu, Keadilan Daily sempat menghubungi Ketua AMK Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman yang memaklumkan penangkapan ahli parti sekitar 3.45 petang tadi. Laporannya di sini.

Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/?p=24925
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger