Home » » Gaji Anak Beranak Shahrizat Cecah RM45-100 Ribu Sebulan

Gaji Anak Beranak Shahrizat Cecah RM45-100 Ribu Sebulan

Written By canang on Sabtu, 31 Disember 2011 | 12/31/2011 10:35:00 PG

NATIONAL Feedlot Corporation (NFC) dicabar mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutifnya, Dato' Dr. Mohamad Salleh Ismail, cabar Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta didedahkan gaji pengarah-pengarah yang lain.

"AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada Pengerusi Eksekutif dan pengarahnya.

"Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai," katanya.

Sejak awal bulan ini, tersebar maklumat di internet melalui blog Malaysia Today mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif); Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua Pegawai Eksekutif); dan Wan Izzana Fatimah, 25, (Pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Shamsul berkata, keengganan NFC untuk mendedahkan nilai gaji hanya akan mengesahkan berlaku penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan peribadi Shahrizat dan keluarganya.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Skandal ini mula terbongkar selepas didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 awal Oktober lalu. NFC yang diberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta itu diluluskan pada 2007 oleh bekas Menteri Pertanian Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger