Home » » Memang Benar Anwar Perlu Satu Saat Untuk Selesaikan Kes MH370

Memang Benar Anwar Perlu Satu Saat Untuk Selesaikan Kes MH370

Written By canang on Jumaat, 11 April 2014 | 4/11/2014 11:29:00 PG

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly yang dimiliki Southern Weekly China kelmarin, bahawa beliau mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat, sememangnya benar.
Bukan nak membodek atau nak mengagungkan beliau berlebihan, tapi semua orang tahu Anwar memang ada kebolehan itu, tapi kerana beliau sudah tidak lagi berada dalam kerajaan, maka keupayaan itu tidak boleh dibuktikan.
Hari ni pun sepatutnya Anwar sudah boleh menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut dengan membuat pendedahan di Parlimen, tapi sekali lagi UMNO menggunakan kelebihan kerusi yang ada padanya di Parlimen untuk menolak usul Pakatan Rakyat bagi membincangkan soal MH370 ini.

Perkara ini mampu dilakukan kerana Anwar mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam tentang industri penerbangan serta teknologi radar yang digunakan oleh pasukan tentera.  Sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada satu ketika dulu, Anwar perlu meneliti setiap pembelian aset oleh pasukan tentera dan disitulah pengetahuan ini diperolehi.
Selain itu, masa dalam penjara selama 6 tahun atas dakwaan menyalahgunakan kuasa dulu, digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk membaca buku-buku mengenai teknologi ketenteraan, seterusnya menambah pengetahuan Anwar dalam bidang berkenaan.
Jadi kalau Anwar mendakwa mampu selesaikan masalah kehilangan pesawat MH370 ini, dakwaan itu adalah betul dari segala segi - beliau memang ada keupayaan itu.
Dengan itu, BN, terutamanya MCA diminta untuk tidak terlalu memperbesarkan isu ini.  Jika MCA berani, sila minta UMNO benarkan Anwar untuk membahaskan isu tersebut di Parlimen, seterusnya membuktikan kemampuan beliau.
Atau paling tidak, beri beliau peluang bercakap di TV untuk selama setengah jam, tak perlu lama.  Ada berani?
Ini tidak, sana sekat, sini sekat, kemudian nak hina Anwar kerana kononnya bercakap besar apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Share this article :

5 ulasan:

Miss Vee berkata...

This Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!

PenganutPAS berkata...

pengetahuan tinggi dlm bidang penerbangan dan radar tentera boleh selesaikan masalah ni ???

Bukanker pihak yang cuba selesaikan masalah ni terdiri dari pakar radar , satelit , ocenografi , aeronautik dan berpuluh bidang kejuruteraan DARI 26 BUAH NEGARA.

Cukuplah . Tak suka kepada kerajaan pun tapi takkanlah sampai sokong Anwar sampai ke tahap tu .

INGATLAH NABI MUHAMMAAD TAK MENGAKU UMAT GOLONGAN PELIWAT DAN PENYOKONG NYA.

Cahaya Al Majid berkata...

Sedangkan US dan sekutunya pun tak tahu dimana berakhirnya MH 370. Inikan pula Anwar, melainkan sekiranya Anwar dan sekutunya yang mengajendakan dengan 'kehilangan MH ini.Mungkin itu yang membuat Anwar brani untuk menyelesaikan dlm masa 1 saat. ( Sememangnya dlm satu saat Anwar mampu 'mengubah' minda ahlinya untuk '
meratap' pemergiannya ke penjara)

andah berkata...

Penganut PAS10:50. Malu saya Nak mengaku orang PAS seandainya itu tahap pemikiran kamu .Memang orang yg terlibat mencari itu terdiri dari pakar tetapi masaalahnya mereka banyak berbohong. kamu bukalah website jimstone freelance ke atau edward snowden ke, bukannya utusan meloya.

andah berkata...

Cahaya All majid mangkuk hayun! Kamu percaya Cakap US & sekutunya.
Kamu terlaiu mentah berfikir.

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger