Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada majalah Southern People Weekly
yang dimiliki Southern Weekly China kelmarin, bahawa beliau mampu menyelesaikan krisis kehilangan MH370 dalam masa 1 Saat, sememangnya benar.
Bukan nak membodek atau nak mengagungkan beliau berlebihan, tapi semua
orang tahu Anwar memang ada kebolehan itu, tapi kerana beliau sudah
tidak lagi berada dalam kerajaan, maka keupayaan itu tidak boleh
dibuktikan.
Hari ni pun sepatutnya Anwar sudah boleh menyelesaikan misteri
kehilangan pesawat tersebut dengan membuat pendedahan di Parlimen, tapi
sekali lagi UMNO menggunakan kelebihan kerusi yang ada padanya di
Parlimen untuk menolak usul Pakatan Rakyat bagi membincangkan soal MH370
ini.
Perkara ini mampu dilakukan kerana Anwar mempunyai pengetahuan yang
begitu mendalam tentang industri penerbangan serta teknologi radar yang
digunakan oleh pasukan tentera. Sebagai Menteri Kewangan Malaysia pada
satu ketika dulu, Anwar perlu meneliti setiap pembelian aset oleh
pasukan tentera dan disitulah pengetahuan ini diperolehi.
Selain itu, masa dalam penjara selama 6 tahun atas dakwaan
menyalahgunakan kuasa dulu, digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk
membaca buku-buku mengenai teknologi ketenteraan, seterusnya menambah
pengetahuan Anwar dalam bidang berkenaan.
Jadi kalau Anwar mendakwa mampu selesaikan masalah kehilangan pesawat
MH370 ini, dakwaan itu adalah betul dari segala segi - beliau memang ada
keupayaan itu.
Dengan itu, BN, terutamanya MCA diminta untuk tidak terlalu
memperbesarkan isu ini. Jika MCA berani, sila minta UMNO benarkan Anwar
untuk membahaskan isu tersebut di Parlimen, seterusnya membuktikan
kemampuan beliau.
Atau paling tidak, beri beliau peluang bercakap di TV untuk selama setengah jam, tak perlu lama. Ada berani?
Ini tidak, sana sekat, sini sekat, kemudian nak hina Anwar kerana
kononnya bercakap besar apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
4 ulasan:
pengetahuan tinggi dlm bidang penerbangan dan radar tentera boleh selesaikan masalah ni ???
Bukanker pihak yang cuba selesaikan masalah ni terdiri dari pakar radar , satelit , ocenografi , aeronautik dan berpuluh bidang kejuruteraan DARI 26 BUAH NEGARA.
Cukuplah . Tak suka kepada kerajaan pun tapi takkanlah sampai sokong Anwar sampai ke tahap tu .
INGATLAH NABI MUHAMMAAD TAK MENGAKU UMAT GOLONGAN PELIWAT DAN PENYOKONG NYA.
Sedangkan US dan sekutunya pun tak tahu dimana berakhirnya MH 370. Inikan pula Anwar, melainkan sekiranya Anwar dan sekutunya yang mengajendakan dengan 'kehilangan MH ini.Mungkin itu yang membuat Anwar brani untuk menyelesaikan dlm masa 1 saat. ( Sememangnya dlm satu saat Anwar mampu 'mengubah' minda ahlinya untuk '
meratap' pemergiannya ke penjara)
Penganut PAS10:50. Malu saya Nak mengaku orang PAS seandainya itu tahap pemikiran kamu .Memang orang yg terlibat mencari itu terdiri dari pakar tetapi masaalahnya mereka banyak berbohong. kamu bukalah website jimstone freelance ke atau edward snowden ke, bukannya utusan meloya.
Cahaya All majid mangkuk hayun! Kamu percaya Cakap US & sekutunya.
Kamu terlaiu mentah berfikir.
Catat Ulasan