Home » » MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT.

MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT.

Written By canang on Isnin, 21 April 2014 | 4/21/2014 08:23:00 PTG


MH370 DISEMBUNYIKAN DISEBUAH NEGARA - DAKWAAN PENYIASAT.
Penyiasat: MH370 mungkin mendarat di satu tempat.
Pasukan penyiasat antarabangsa dilaporkan sedang melihat semula kemungkinan bahawa penerbangan Malaysia Airlines pesawat MH370 mungkin mendarat di satu lokasi tertentu dan tidak berakhir di Lautan Hindi.
Laporan New Straits Timesyang memetik satu sumber tidak dinamakan menyebut, ia merupakan antara kemungkinan yang sedang diteliti memandangkan pencarian yang dijalankan sehingga hari ini masih belum menemui sebarang serpihan pesawat.
Bagaimanapun, pencarian di selatan Lautan Hindi yang masuk hari ke-45 hari ini masih perlu diteruskan, kata sumber tersebut dalam laporan NST.
“Kita mungkin terpaksa berkumpul semula untuk melihat kemungkinan ini jika tiada hasil positif dalam tempoh beberapa hari lagi... tapi pada masa sama, pencarian di Lautan Hindi mesti diteruskan.
“Sangkaan bahawa ia mendarat di satu tempat itu tidak mustahil kerana kami masih belum menemui sebarang serpihan yang mungkin berkaitan dengan MH370.
“Bagaimanapun, kemungkinan bahawa terdapat negara tertentu menyembunyikan pesawat tersebut ketika lebih 20 negara mencarinya nampak tidak masuk akal,” kata sumber tersebut seperti dipetik NST.
Kedahkini.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger