Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk
Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli
parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca
dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan
tersebut.
Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan
sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan
makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya
pada sebelah malam.
“Mengikut pandangan saya sebagai Raja
Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini
adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus
selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri
yang menimpa mending Karpal petang tadi.
Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke
lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual
menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak
lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.
“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi.
Karpal dan pembantu peribadinya, Michael
Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna
(MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara
Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi
Khamis lalu.
Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang
wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di
bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan
pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada
pukul 12.40 pagi itu.sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan