Home » » Pendedahan Mengejutkan Dari Ahli Keluarga Mangsa MH370

Pendedahan Mengejutkan Dari Ahli Keluarga Mangsa MH370

Written By canang on Rabu, 21 Mei 2014 | 5/21/2014 06:29:00 PTG

Adik kepada seorang anak kapal MH370, Nur Syafinaz Asnan mendakwa setakat ini keluarganya masih belum terima sebarang maklum balas atau pampasan dari pihak pengurusan MAS.
Katanya, beliau tidak merancang untuk sertai tujuh ahli keluarga mangsa lain yang akan mengambil tindakan selanjutnya kepada MAS.
Abang beliau, Mohd Hazrin, merupakan salah seorang anak kapal yang bertugas di dalam pesawat MH 370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
“Walaupun pelbagai cerita dari banyak pihak bertebaran mengenai ‘kehilangan’ pesawat MH 370, saya akan terus berdoa agar ada kesudahan yang baik. Saya pun tak tahu nak cakap apa dah. Lagipun Kak Intan baru sahaja melahirkan anak,” katanya.
Intan Maizura Othman, isteri Hazrin,selamat melahirkan anak keduanya di Hospital Putrajaya, semalam pada jam 4 petang. Suaminyamerupakan pramugara yang bertugas dalam penerbangan MH370 tersebut. ~fmt
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger