Adik kepada seorang anak kapal MH370, Nur Syafinaz Asnan mendakwa
setakat ini keluarganya masih belum terima sebarang maklum balas atau
pampasan dari pihak pengurusan MAS.
Katanya, beliau tidak merancang untuk sertai tujuh ahli keluarga mangsa
lain yang akan mengambil tindakan selanjutnya kepada MAS.
Abang beliau, Mohd Hazrin, merupakan salah seorang anak kapal yang
bertugas di dalam pesawat MH 370 yang hilang dalam penerbangan dari
Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.
“Walaupun pelbagai cerita dari banyak pihak
bertebaran mengenai ‘kehilangan’ pesawat MH 370, saya akan terus berdoa
agar ada kesudahan yang baik. Saya pun tak tahu nak cakap apa dah.
Lagipun Kak Intan baru sahaja melahirkan anak,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan